Saturday, June 6, 2009

~ Trip Ke Gold Coast, Australia tahun 2009 ~

Kali ini saya ingin menceritakan tentang perihal perjalanan ke Gold Coast, Australia. Trip ini untuk menghadiri jemputan dari pihak Air Asia dan Tourism Queensland.
Alhamdullilah trip ini membuat saya lebih fokus akan pakej2 yang saya jual dan pengalaman bermakna tersebut membantu saya dalam pekerjaan seharian. Saya berasa bersyukur terpilih untuk pergi ke Gold Coast, Australia pada kali ini.

Selama 5 malam di Gold Coast. Trip yang julung kali diadakan ini disertai bersama pihak agensi Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh Perak, Penang dan Sabah, Malaysia. Jemputan lain dari Indonesia, Medan dan Jakarta. Dari Filipina, Vietnam, China, Jepun, Singapore dan beberapa negara lain juga turut dijemput.

Kami jemputan Malaysia disediakan hotel bertaraf 5 bintang iaitu QDECK. Bangunan yang tertinggi di Gold Coast ini terletak di tengah2 Surfers Paradise.

Penginapan di apartment bilik 2 unit (02 rooms apartment). Apartment ini lengkap dengan mesin basuh, mesin pengering baju otomatik, mesin pencuci pinggan mangkuk dan pengering, kira lengkap dengan kitchenett facilities, peti sejuk, microwave dll. Apartment ini juga diservis setiap hari. Sesuai untuk keluarga dan orang Islam. Ada kemudahan pengosok pakaian yang amat diperlukan oleh wanita bertudung. Lokasi juga amat strategik dengan kemudahan supermarket 24jam, restoran2 halal, kebab dll.

Ingin lagi saya kesana jika diberi peluang. Insyallah....

No comments: