~ Trip Ke Gold Coast, Australia tahun 2009 ~

Kali ini saya ingin menceritakan tentang perihal perjalanan ke Gold Coast, Australia. Trip ini untuk menghadiri jemputan dari pihak Air Asia dan Tourism Queensland.
Alhamdullilah trip ini membuat saya lebih fokus akan pakej2 yang saya jual dan pengalaman bermakna tersebut membantu saya dalam pekerjaan seharian. Saya berasa bersyukur terpilih untuk pergi ke Gold Coast, Australia pada kali ini.

Selama 5 malam di Gold Coast. Trip yang julung kali diadakan ini disertai bersama pihak agensi Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh Perak, Penang dan Sabah, Malaysia. Jemputan lain dari Indonesia, Medan dan Jakarta. Dari Filipina, Vietnam, China, Jepun, Singapore dan beberapa negara lain juga turut dijemput.

Kami jemputan Malaysia disediakan hotel bertaraf 5 bintang iaitu QDECK. Bangunan yang tertinggi di Gold Coast ini terletak di tengah2 Surfers Paradise.

Penginapan di apartment bilik 2 unit (02 rooms apartment). Apartment ini lengkap dengan mesin basuh, mesin pengering baju otomatik, mesin pencuci pinggan mangkuk dan pengering, kira lengkap dengan kitchenett facilities, peti sejuk, microwave dll. Apartment ini juga diservis setiap hari. Sesuai untuk keluarga dan orang Islam. Ada kemudahan pengosok pakaian yang amat diperlukan oleh wanita bertudung. Lokasi juga amat strategik dengan kemudahan supermarket 24jam, restoran2 halal, kebab dll.

Ingin lagi saya kesana jika diberi peluang. Insyallah....

~ Cuti Cuti Muslim - Promosi Keluarga Ria di GOLD COAST ~

Pakej Khas Untuk Muslimin & Muslimat, kempen Cuti Cuti Muslim - Gold Coast, kerjasama dengan Air Asia & Tourism Queensland.

4H/3M Gold Coast (Apartment Stays) dari RM 1080.00 seorang
Pakej termasuk
* Penginapan 3 Malam
* Malam ke-4 PERCUMA (Untuk apartment sahaja)
* Penghantaran ulang - alik daripada lapangan terbang Gold Coast
* 1 Jamuan makan malam di Golden Legends Malaysia Seafood Restaurant (diiktiraf HALAL)
* Tiket masuk ke QDeck
* 1 Pilihan melawat - MOVIE WORLD, DREAMWORLD atau SEAWORLD.

PERCUMA
1/2 hari Pelayaran Menyaksikan Ikan Paus dengan pembelian 2hari/1malam di Tanggalooma Wild Dolphin Resort

Setiap pembelian Pelayaran Persiaran dengan TALL SHIP Cruise, kanak-kanak PERCUMA X 1 orang.

Hubungi kami untuk keterangan lanjut, PNL Travel Sdn Bhd :- Tel. 03-92844859

~ Matta Fair ~

Huh....amat tidak disangka2 Matta Fair yang telah berlangsung pada bulan March 2009 yang lalu membuahkan hasil....apa lagi yang harus diperkatakan? Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah S.W.T bahkan jumlah pengunjung Matta juga meningkat dan jualan amat memberangsangkan. (Tahniah pada kami di PNL Travel Sdn Bhd).

Sempena dengan Matta Fair juga impian kami untuk pembuka pakej2 khas untuk percutian muslimin dan muslimat menjadi kenyataan.

Bermula la era di mana kami menempuhi pengalaman baru dengan mempromosi pakej2 untuk muslimin muslimat khasnya...bukan sahaja dari cara makanan yang dipersembahkan adalah Halal...bahkan tempat solat semasa percutian juga kami aturkan.

Kami telah melihat perkembangan ini merupakan sesuatu yang amat di perlukan oleh muslimin dan muslimat. Hasilnya kami punya clientele baru kalangan orang2 Islam yang berminat dan mempunyai wang untuk berbelanja sempena dengan percutian mereka.

Semoga berjaya Muslim Dept kami dimasa hadapan.

Moga2 peluang saya untuk menambahkan pengetahuan tentang perlancungan dan destinasi2 antarabangsa akan lebih luas lagi...Insyallah....AMIN Alhamdullilah.

iMpiAn MeJadI keNyataan.........Alhamdullilah kami lebarkan sayap menjelajahi kota2 Muslim terkenal seluruh dunia....'

Semoga bertemu lagi di Matta Fair Kuala Lumpur seterusnya pada bulan September 4, 5 dan 6 2009 nanti untuk lebih pakej2 berkumpulan juga perseorangan.

Salams Sayang Pink Shiba Sakura

MATTA FAIR - BOOTH CUTI2 MUSLIM

PROUD STANDING IN FRONT OF CUTI2 MUSLIM BOOTH....my dream comes true....alhamdullilah....

MATTA FAIR - WE're The AUSSIE's Specialist


~ Click My Sponsor ~

~ My Lovely Song Collections ~